SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TOK BENG, 21300 KUALA NERUS, TERENGGANU.


Wednesday, June 29, 2016

PROGRAM MALAYSIA NGAJI 2016 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 29 Jun 2016 . SK. Bukit Tok Beng telah mengadakan Program Malaysia Ngaji 2016 Peringkat Negeri Terengganu. Proram tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan , bermula jam 12.00 tengah hari hingga jam 1.00 petang. Semua guru dan murid terlibat dalam program ini. Lebih kurang 450 orang yang hadir pada majlis tersebut.





















Monday, June 27, 2016

KURSUS LITERASI DAN PERUNDANGAN

Pada 26 Jun 2016 , tiga orang pengawas Pusat Sumber Sekolah SKBTB telah menghadiri satu kursus yang dibuat di SK Kompleks Seberang Takir. Nama kursus tersebut ialah Kursus Litersi Maklumat Dan Perundangan Melalui Projek "MOOT COURT" STARS. Murid yang terlibat Nur Aisha Syuhada bt. Malikee , Nur Arissa Syafiqah bt. Mohd Zain dan Nur Zafirah Izzati dari Tahun 5 Firdaus. Projek  "MOOT COURT" merupakan projek pertama bagi sekolah rendah di Malaysia.















































Tuesday, June 14, 2016

LALUAN ILMU PSS

Pada tahun 2016 , AJK PSS telah bersetuju untuk mengadakan satu tempat yang diberi nama dengan Laluan Ilmu di SKBTB. Laluan tingkat bawah di blok D telah dipilih sebagai yang sesuai untuk dijadikan Laluan Ilmu. AJK PSS telah bergotong-royong untuk menyiapkan tempat tersebut dengan sedikit peruntukan yang diluluskan oleh guru besar. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai untuk murid disediakan di situ. Murid boleh membacanya pada waktu pagi, rehat dan masa balik. Guru-guru dan ibu bapa juga boleh membacanya di situ.
Gambar suasana di Laluan Ilmu