SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TOK BENG, 21300 KUALA NERUS, TERENGGANU.


Friday, January 25, 2019

Orientasi Tahun Satu 2019

Orientasi  murid Tahun 1 SKBTB telah dijalankan pada 1.1.2019 . Semua  murid Tahun 1 telah  dibawa melawat ke bilik-bilik khas PSS. Mereka telah diberi taklimat mengenai penggunaan dan peraturan Pusat Sumber Sekolah pada jam 9.45 pagi .

Di bawah ini disertakan bersama beberapa keping foto semasa taklimat tersebut.


Berkenalan dengan guru Perpustakan Media SKBTB 2019  (Cg. Habsah bt Othman )


Semua murid diwajibkan memiliki kad keahlian untuk menggunakan perpustakaan Tarbawi BTBeS.


Taklimat tentang peraturan dan penggunaan semasa berada di perpustakaan.


GPM bersama dengan guru penyelaras Tarbawi Channel dan guru penyelaras bilik BBM. Taklimat disampaikan sebagai pendedahan awal  kepada murid- murid Tahun 1.


Cg Norasyikin menerangkan fungsi Tarbawi Channel . Ramai murid yang berminat untuk menjadi pengacara

Taklimat daripada PK HEM tentang peraturan pemakaian  uniform sekolah yang betul.


GPM menyampaikan taklimat tentang penggunaan Astro di bilik APDM.


GPM menerangkan cara mengambil dan menyimpan buku dengan cara yang betul mengikut pengkelasan .

Menerangkan cara menggunakan chromebook  kepada semua murid tahun 1


Tatacara berada di kaunter sirkulasi. Murid didedahkan dengan cara proses peminjaman dan pemulangan buku.

Penerangan tentang peraturan penggunaan bilik APD dan penggunaan Astro