SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TOK BENG, 21300 KUALA NERUS, TERENGGANU.


Wednesday, March 9, 2016

FAIL KUASA


            
             
FAIL KUASA

Pusat sumber sekolah






NAMA AGENSI           : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TOK BENG

ALAMAT                       :  21300 KUALA NERUS, TERENGGANU.
               
         NO. TELEFON            : 09-6626236

         N0. FAKS                    : 09-6626237
                   
         E-MAIL                        : skbukittokbeng@gmail.com.my
         
         WEB PSS SKBTB      : http://psssekolahbukittokbeng.blogspot.com

         WEB SEKOLAH         : http://blogskbtb.blogspot.com











SEK. KEB. BUKIT TOK BENG
21300 KUALA NERUS
TERENGGANU



 FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH













            BAB 1


     PENGENALAN KEPADA FAIL KUASA

1.1              PENDAHULUAN

            Fail Kuasa merupakan satu set panduan kerja yang disediakan khusus untuk setiap ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS). Ia menjadi sumber utama bagi memahami bidang tugas, prosedur-prosedur kerja, dan segala dokumen termasuk borang-borang, peraturan-peraturan, carta aliran kerja dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang tugas seseorang ahli jawatankuasa.

            Penyediaan Fail Kuasa ini akan lebih memudahkan setiap ahli jawatankuasa
menjalankan tugas masing-masing. Seterusnya pengurusan dan pentadbiran PSS akan lebih terancang dan sistematik.
                                                        
1.2         TUJUAN

Fail Kuasa PSS disediakan dengan tujuan :-

1.2.1      Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Penyelaras PSS.
1.2.2      Guru Baharu dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail Kuasa yang disediakan.
1.2.3      Mengelakkan berlakunya percanggahan idea di kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS.
1.2.4      Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.







1.3         ISI KANDUNGAN

Terdapat 15 bab dalam File Kuasa. Fail Kuasa lazimnya disimpan dalam bentuk ‘ring-file’ supaya sesuatu keputusan / pindaan itu dapat diganti tanpa menjejaskan keseluruhan isi asal sekiranya terdapat apa-apa perubahan / pindaan. File Kuasa yang lengkap mempunyai tarikh kuatkuasa sesuatu prosedur itu. Ini memudahkan kita mengenal pasti prosedur mana yang patut diutamakan ketika membuat penyemakan semula. Biasanya penyemakan semula File Kuasa dilakukan 5 tahun sekali atau mengikut keperluan.


1.4         PROSEDUR PINDAAN

Guru Penyelaras PSS harus bertanggungjawab merangka isi kandungan sesebuah Fail Kuasa sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Induk PSS. Ini adalah kerana salah satu fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukan dasar / polisi mengenai peraturan, pelantikan jawatankuasa kerja, pemerolehan bahan dan sebagainya. Selepas mendapat persetujuan dalam mensyuarat tersebut barulah Fail Kuasa berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya. ( sila rujuk Lampiran A – Borang Pindaan Dasar Fail Kuasa )












 BAB 2
MAKLUMAT  PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.1     SEJARAH PUSAT SUMBER SKBTB

           Kualiti kehidupan sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya.
           Semua pihak khususnya warga pendidik mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Di mana perubahan yang berlaku pada sistem pendidikan adalah hasil daripada ledakan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan pembaharuan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran.

          Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu kerana ia mempengaruhi penerimaan dan daya ingatan seseorang.  Mengikut kajian Philips pada tahun 1950 di Universiti of Taxes setiap aktiviti mempunyai daya ingatan seperti berikut:-








  

Beliau juga menyatakan dalam proses PdP penglibatan kelima-lima deria melalui rangsangan yang amat berkesan seperti berikut:-



                 Melalui deria rasa                        1.0 %

                 Melalui deria sentuh                    1.5 %

                 Melalui deria hidu                        3.5 %  

                 Melalui deria dengar                  11.0 %

                 Melalui deria lihat                       83.0 %




Oleh itu dalam proses pembelajaran dan pengajaran selain daripada menggunakan buku teks, perlu dipelbagaikan penggunaan sumber selaras dengan perkembangan bidang mekanik , elektronik dan komputer. Maka untuk tujuan inilah pusat sumber sekolah diwujudkan.

Pada masa ini Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan  Bukit Tok Beng terdiri  daripada:-

1. Perpustakaan

2. Bilik APD/Tayangan

3. Bilik Sal

4. Bilik Nilam

5. Bilik BBM

6. Makmal Komputer


Bermula tahun 1982  SKBTB ditubuhkan, wujudlah sebuah bilik di Blok D di tingkat 2 dikhas untuk perpustakaan untuk semua murid  hingga sekarang.


Dari setahun ke setahun perpustakaan SKBTB semakin berkembang selaras dengan pertambahan bilangan murid.  Perpustakaan dipenuhi dengan bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak. Bilangan buku semakin bertambah.

Perkembangan pusat sumber sekolah terus berlaku. Memandangkan perpustakaan semakin pesat penggunaannya ,segala bahan bukan bercetak dan alat pandang dengar dipindahkan. Wujudlah bilik APD bersebelahan dengan bilik perpustakaan bagi tujuan kegunaan guru dan murid untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. TV Pendidikan juga ada disediakan. Manakala alat-alat bantu mengajar ditempatkan di bilik bersebelahan Bilik APD, maka wujudlah Bilik BBM.

Dari setahun ke setahun Pusat Sumber Sekolah terus berkembang. Beberapa buah bilik lagi diwujudkan. Diantara bilik  yang baru diwujudkan Bilik Sal dan Bilik Nilam. Makmal komputer diwujudkan pada tahun 2003 berhampiran dengan bangunan Pra Sekolah. Sebuah bangunan yang baru dibina bagi memuatkan 21 buah komputer untuk kegunaan guru dan murid. Bilik Nilam pula diwujudkan bersebelahan bilik perpustakaan adalah untuk mempamerkan segala aktiviti dan pencapaian Nilam. Begitu juga dengan Bilik Sal.                                                                                                                                         

         
2.2       LOKASI PUSAT SUMBER SK BUKIT TOK BENG

            # Sila Rujuk Lampiran 2.2 (A) dan Lampiran 2.2 (B)

2.3       VISI PSS
v              “PSS CEMERLANG SKBTB GEMILANG”

2.4       MISI PSS
v  Merialisasikan PSS sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat dengan :
                                
Ø  Mewujudkan pengalaman belajar sebagai laluan intelektual.
Ø  Membentuk warga sekolah yang mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.

2.5       MOTTO PSS

v  “PSS WADAH ILMU INFORMASI TERKINI”





                       

                                                                                                                       

 3.5       SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.    Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi                   perkembangannya
2.    Menentukan sumber kewangan PSS.
3.   Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti     bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahanbahan bantu mengajar/       belajar.
4.    Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5.    Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.
6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7.    Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

3.6            SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.    Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
2.    Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3.  Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4.    Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5.    Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6.    Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7.    Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang  terdapat  di Pusat Sumber.
8.  Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.




                                                                       







 

                                                                                                                                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment